::cinta dan kamu::

Cinta di hati
Ibarat dedaunan hijau yang tumbuh di pohon cempaka
Terukir padanya urat-urat yang menghiasi kehijauannya
Setiap urat melambangkan hasrat cinta seseorang
Cinta di hati manusia adalah impian
Hatiku menyinsing seribu harapan terhadap cintamu
Adakah ini akan mewarnai kehidupan kita?
Samalah kita mencari cinta yang sejati
Cinta yang bakal mengubah kehidupan seseorang
Cinta ini adalah kurniaanNya
Tidak boleh dibandingkan dengan buih di lautan
Jika ku diberi intan dan permata
Akan ku pilih lirikan matamu
Akan ku pilih senyuman manjamu
Akan ku setia menantimu sehingga ke syurga cinta
Wahai intan baiduriku

Saturday, September 18, 2010 at 4:11 AM , 0 Comments

::novel cinta::

Kau bagaikan intan
Intan yang berada di celahan serpihan kaca
Sukar bagiku untuk membezakannya
Hadirmu dalam diri ini
Bagaikan bintang berkilauan cemerlang di angakasa
Setiap langkahmu di bumi ini
Membuatkan hidupku lemas dalam percintaan
Lautan cintaku terhadap dirimu
Merubah kehidupanku di dunia ini
Tiupan bayu cintamu
Memberi nafas kepadaku untuk menempuh pancaroba dunia
Senyuman yang terukir di bibirmu
Mengembirakan kalbuku sepanjang hari
Adakah kau bidadari yang turun dari syurga
Mungkinkah ini suratan takdir untuk kita bersama
Semuanya terletak di dalam genggaman Pencipta
Wahai intan yang bertatah di hatiku
Kaulah sumber inspirasiku

at 4:11 AM , 0 Comments

::noktah cinta::


Sudah setahun aku ke kota mencari pekerjaan yang halal untuk menampung hidupku di dunia ini sehinggalah aku berputus asa dan hanya membantu ayahku yang bekerja sebagai nelayan pukat tunda. Hidup kami berpindah-randah dari satu pantai ke pantai yang lain. Semua ini bergantung kepada majikan ayahku. Pada suatu pagi yang indah,ayahku menerima panggilan daripada majikannya. Hati aku berasa tidak sedap,muka ayah terus berubah dan memandang ke arahku dengan pandangan yang penuh persoalan. Lantas itu,ayah aku mengarah aku untuk mengemas barang dan meletakkannya di dalam but kereta kancil di garaj depan rumah. Selesai mengemas, ayahku terus menghidupkan enjin keretanya dan terus memandu tanpa berkata apa-apa kepada aku ke mana arah tujunya. Tersengguk-sengguk aku meniti perjalanan yang agak suram itu. Aku tidak berani untuk mengatur bicara bersama ayahku keran wajahnya begitu mendung yang membuatkan aku rasa bersalah terhadapnya.

Setelah dua jam punggung kami berlabuh di atas kerusi yang keras itu. Tiba-tiba ayahku memberhentikan kereta di hadapan sebuah bangunan biru tua yang dihiasi jalur-jalur biru cair. Ayahku terus keluar dari kereta dan menyusun langkahnya menuju ke dalam bangunan tersebut. Lebih kurang lima minit kemudian ayah keluar dari bangunan itu dengan memegang sejambak kunci. Barangkali kunci rumah kediaman baru kami agaknya. Ayahku teruskan pemanduannya dan menuju ke sebuah perkampungan nelayan di sebuah pantai di sebelah timur peta Semenanjung Malaysia. Sedangku menikmati permandangan yang begitu menjadi hidangan mata hitamku ini,tiba-tiba pandanganku dicuri dek sinar wajah seorang puteri yang sedang bergurau senda bersama seorang budak lelaki. Aku menatap wajahnya sehinggakan suasana yang riuh dengan suara burung menjadi senyap dan bunyi gesekan biola yang bermain di telingaku.

“Arif..Arif..apa yang kamu tengok tu sampai tak sedar ayah panggil. Nanti sampai rumah terus kemas barang ye. Ayah nak pergi tengok kapal baru ayah tepi pantai,” kata ayah yang memecahkan suasana romantis aku tadi.

Walaupun dikejutkan oleh suara ayah yang garau itu,namun fikiranku masih lagi melayang-layang memikirkan gerangan anak gadis tersebut. Terbangun aku daripada lamunan pabila ayah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah batu. Aku berasa begitu teruja melihat rumah tersebut. Seribu pertanyaan di dalam fikiranku pabila ayah memberhentikan kereta di hadapan rumah tersebut.

“Ni rumah baru kita. Pergi angkat barang dan terus kemas baru boleh berehat. Ayah nak pergi tengok kapal ayah kat pantai,” kata ayah dengan lembut selembut bayu laut.

Aku gembira melihat ayahku kembali tersenyum apabila kami tiba di rumah itu. Senyuman yang terukir di bibirnya itu akan ku simpan sehingga ke akhir hayat kerna bagiku setiap senyuman ayah adalah senyuman yang membawa seribu makna dan susah untukku lihat di dalam hidupku. Aku turun dari kereta dan terus mengangkat semua barang aku dan ayah ke dalam rumah. Aku mengemas rumah sehingga petang dan ayah masih belum pulang lagi.

Kecantikan wajah anak gadis yang aku lihat tadi masih berlegar-legar di dalam mindaku.

“baik aku jalan-jalan kat kampong ni. Dapatlah juga tambah kenalan aku dekat dunia ni,”desis hatiku pabila melihat ombak di lautan. Mungkin juga akan ku temu sama gadis tadi. Aku melangkah keluar dari rumah dengan harapan yang menggunung dapat bertemu dengan gadis tadi. Sedangku asyik mengatur langkahku di atas jalan yang rata kedengaran ombak yang mendayu-dayu bermain di telingaku seperti perasaan cinta yang telah lama tenggelam kini timbul semula. Tiba di sebuah persimpangan jalan aku hamper dilanggar oleh sebuah basikal yang ditunggang oleh seorang wanita yang tersisir rapi rambutnya.

“woi, tak nampak orang ke…hhuuuhh..”teriak aku kepadanya.
“minta maaf encik,saya tak perasan tadi,” kelembutan suaranya melembutkan hati ku yang marah ini. Rupa-rupanya perempuan yang hampir melanggar aku tadi adalah gadis yang pernah menjadi hidangan mata hitamku semasa di dalam perjalanan ke rumah baru ayah. Dia menuntun basikalnya ke arahku. Angin yang bertiup menyapa tubuhku dan membuatkan jantungku berdegup lebih kencang.




“maaf encik,saya tak perasan tadi.maafkan saya.”pinta gadis itu sambil menunduk kepalanya memandang bumi.
“jangan risau,saya maafkan awak,”aku memujuknya bagi melihat wajahnya.

Dia mengangkat wajahnya dan lirikan matanya membuatkanku terpesona. Dari lirikan matanya seperti pernahku lihat sebelum ini. Aku terpaku melihat wajahnya. Mindaku menjadi beku dan lidahku kelu untuk mengungkap kata-kata. Wajahnya seperti rakanku semasa di bangku sekolah lima tahun dahulu.

“nama awak Nur Irene Fazilah kan?” soalku kepadanya.
“macam mana awak boleh tahu nama saya,”
“awak dah lupe kawan lama awak yang ada depan mata awak ni,saya ni Arif. Ingat lagi tak,” terangku kepadanya cuba mengingatkan kisah kami dulu.

Dia terus pergi meninggalkanku. Pipinya menjadi merah padam. Mungkin kerana terlalu malu kepadaku. Masihku ingat lagi sewaktu aku bersamanya dahulu. Susah senang kami harungi bersama. Aku memanggilnya Irene kerna namanya itu sungguh manja bagiku. Aku pernah menghadiahi dia sepasang baju kurung berwarna hijau untuk dipakai sewaktu majlis hari jadinya. Tidakku sangka Allah masih lagi bagi peluang kepada kami untuk mewarnai hidup ini bersama-sama. Kisahnya begini, Irene ini dulunya seorang yang pemalu dan seorang yang suka menyendiri. Aku dulunya langsung tidak mengenalinya sehingga tiba suatu hari dia terambil buku latihanku. Dari saat itulah mulanya bibit cinta dan bait-bait sajak cinta di hati. Kehadirannya dalam diri ini bagaikan pelangi petang yang tidak bercahaya tetapi berseri. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Kami berkenalan antara satu sama lain dan diri aku seperti sedang lemas dalam dunia percintaan. Terlalu banyak kenangan yang terbuku dalam ingatanku ini sehinggakan mindaku tepu dengan wajahnya. Walaupun ayahku seorang nelayan,Irene tetap ingin berkawan dengan aku.

Sering juga di keheningan malam termenungku berseorang kerna tidak lena mata untuk dipejam. Telingaku sering terngiang-ngiang suara merdu yang disayang. Angin malam yang mendinginkan membuatkan diriku seperti terbang di angkasa bersamanya menggapai bintang di langit. Kami dipisahkan setelah dua tahun kami rapat bersama. Aku terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh iaitu kawasan nelayan tempat ayahku bekerja. Suaranya sering bermain di sisi cuping dan di setiap lorong yang lohong. Irene bagaikan sinar yang menerangi lorong-lorong gelap yang melitupi hatiku ini. Semua itu menjadi memori indah yang ku simpan di dalam hidupku sehinggalah aku bertemunya kembali di perkampungan nelayan ini.

Pada petang keesokan harinya selepas aku hampir dilanggar oleh Irene,aku berjalan di kaki pantai. Suasana pada petang itu sungguh memukau mindaku. Kicauan burung yang memenuhi angkasa semakin riang dek tiupan bayu petang itu. Suasana dihiasi lagi dengan suara sang ombak yang memukul tepian pantai. Pukauanku disedarkan oleh bunyi rantai basikal usang yang berlagu berhampiran dengan tempatku berdiri. Aku terus mencari dari manakah bunyi itu datang. Pandanganku terhenti pabila mata hitamku ini terlihat seseorang gadis yang bernama Nur Irene Fazilah sedang menuntun basikalnya. Aku terus melangkah mendekatinya. Keadaan wajahnya yang silu sambil menggigit bibirnya membuatkan jiwa ini berasa syahdu dan terasa aku di bawa ke dalam pelangi dan melepasi setanggi ini. Jauh anganku ke lena tatkala aku memandang wajahnya dan setiap kali aku memandangnya diri ini diibaratkan dibawa ke alam kisah yang lama. Petang itu,aku menemaninya menikmati keindahan alam sehingga ke waktu soreh. Aku menemaninya pulang ke rumah sambilku membantu menuntun basikalnya. Rupa-rupanya rumahnya hanyalah sekangkang kera dari rumahku. Rumahnya terletak di belakang rumahku.

Saban hari kami bertemu di tempat yang sama dan saling bertukar cerita antara satu sama lain. Ada lucu dan gurauan yang lebih menyerikan hari kami bersama. Kebetulan pula ayahku dan ayah Irene bersama-sama menguruskan pukat tunda di laut. Hampir setiap hari pada waktu petang kami menunggu ayahanda kami naik dari laut. Hatiku yang kosong hampir tiga tahun ini terasa sudah diisi oleh si dia. Selama persahabatan kami ini,tidak pernah walau sekali pun aku menyatakan tentang hati dan perasaanku terhadapnya. Apa yang aku mahukan ialah Irene memahami isi hatiku ini dan membalasnya dengan ikhlas. Jika ini adalah jodohku dunia akhirat,akan aku terima dengan hati yang penuh gembira dan berharap akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sejak kami bersama selepas aku pindah ke kampung ini,Irene banyak memberi nasihat kepadaku dalam menempuh dugaan dalam mencari pekerjaan. Irene seorang pekerja di kilang mencanting batik. Bisikan hatiku ini memaksa aku untuk mencari kerja demi membina sebuah kehidupan yang bahagia bagi diriku dan dirinya suatu hari nanti. Aku telah mengambil keputusan untuk bekerja sebagai seorang pegawai polis dengan berkelulusan diploma jurusan sains komputer. Ayahku juga bersetuju dengan cadanganku. Hubungan aku dan Irene yang akrab ini seperti direstui oleh ayah kami. Lebih-lebih lagi,ayahku sering mengusik-usik aku dengan Irene apabila pulang dari laut pada setiap petang. Aku telah mengisi borang untuk menjadi seorang polis dan aku diarahkan untuk menyertai rekrud selama lima bulan di sebuah kem yang terletak tidak jauh dari perkampungan nelayan itu. Semasa hendak aku melangkah keluar dari rumah dan ingin menuju ke kem,suasana begitu suram dan hambar. Laut yang berombak menjadi tenang,tapi cintaku terhadap Irene di hati ini tidak pernah suram dan hilang. Andai diri ini digoda dek seribu wanita pun akan ku tetap dengan hatiku terhadap Nur Irene Fazilah.

Setelah aku menyertai rekrud tersebut,acap kali aku mengirimkan coretan surat kepadanya. Teringat pula zaman kami di bangku sekolah dahulu,aku sering mengirimkan surat kepadanya dan dari saat itulah dia menjadi sebahagian hidup aku sehingga sekarang ini. Aku akan berada di kem ini selama lima bulan dan hanya dibenarkan pulang hanya sekali dalam sebulan. Kepulangan aku ke kampung pada bulan pertama membuatkan hati yang penuh dengan kerinduan ini tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Burung yang berkicauan semuanya seperti menyambut akan kepulanganku. Sampainya aku di kampung aku pada waktu tengah hari,Irene menjemputku makan tengah hari bersama keluarganya di rumahnya. Selesai sahaja makan,Irene memberiku bunkusan yang dibalut rapi dengan kertas yang berbunga-bunga. Apabila aku membukanya,terkejut aku melihatnya dan tidakku sangka Irene masih ingat akan baju kegemaranku. Irene menghadiahiku sehelai baju-T yang dicap batik di atasnya. Tiga hari berlalu dengan pantas tapi amat memuaskan naluriku semasa cuti tiga hari itu. Selang beberapa minggu selepas aku pulang ke kem,aku dikhabarkan oleh rakan sebilik aku bahawa terdapat sepucuk surat untukku di pos pengawal. Hatiku bagaikan melompat-lompat keriangan dan tidak sabar untuk membacanya. Pada petangnya selepas selesai slot bersama penceramah aku bergegas ke pos pengawal untuk dapatkan surat itu. Tiba-tiba hatiku menjadi suram. Keadaan sekeliling menjadi senyap dan hanya gesekan biola yang memainkan lagu sedih bermain di cuping telingaku. Agak lama juga aku memandang bahagian luar surat itu. Apabila aku membuka surat itu,kesuraman di kalbu ini semakin dirasai. Mulutku terkuma-kamit membaca apa yang ditulis oleh Irene. Berita yang kurang menyenangkan adalah kandungan surat itu. Aku terus berlari ke pejabat ketua komanden aku dan memohon kebenaran untuk pulang selama 2 hari 1 malam. Berbagai-bagai alasan aku luahkan bagi meyakinkan ketua aku yang dah tua itu.

Akhirnya aku dibenarkan pulang. Tanpa membuang masa aku terus mengemas barang-barangku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Semasa perjalanan pulang,bermacam-macam persoalan yang bermain di fikiranku. Aku begitu risau mengenainya. Aku memikirkannya sehingga aku terlena dan mengalami mimpi yang buruk,di mana aku dan Irene dipisahkan. Tersentak aku dari tidurku apabila seorang wanita yang wajahnya mirip seperti Irene melabuhkan punggungnya pada kerusi di sebelah aku. Cuaca pada ketika itu agak mendung. Bas yang aku naiki tadi berhenti di pintu gerbang kampungku. Aku menyusun langkahku dengan pantas menuju ke rumahku. Setibanya aku di rumah,aku lihat sebuah lori yang besar dan dipenuhi barang berada di hadapan rumahku.

“Arif,kita akan berpindah ke tempat lain,”teriak ayahku dari dalam rumah.
“Saya tak akan pindah. Saya akan terus tinggal di rumah ini. Arif dah besar ayah. Arif nak berdikari hidup sebagai seorang remaja,”wajah ayahku berubah apabila aku berkata demikian.
“Kamu yakin dengan keputusan kamu itu,”tanya ayah.
“Saya yakin,”jawabku dengan wajah yang penuh yakin.

Tanpa berkata apa-apa ayah terus menghidupkan enjin kereta kancilnya dan berlalu pergi dari perkarangan rumah dan diikuti lori besar tadi. Aku memasuki rumah itu dan menyusun kembali segala baranganku. Aku tertanya-tanya mengapa ayah pindah rumah. Terlupa aku hendak menanyakannya tadi. Barangkali ada tempat pekerjaan baru agaknya. Sempat juga aku menjenguk keadaan rumah Irene semasa aku sedang mengemas rumah. Selesai saja mengemas pada petang itu,aku membuka langkah pergi ke rumahnya. Berkali-kali aku memberi salam dan mengetuk pintu rumahnya. Terkejut aku dibuatnya apabila ayahnya membuka pintu. Ayahnya menghalauku dan melarangku berjumpa dengan Irene. Semasa aku mengundurkan diri. Mataku terpandang wajah Irene yang suram di dalam rumah itu.

Air mataku mengalir apabila dihalau. Fikiranku masih buntu. Dua persoalan terbuku di hati ini. Mengapa ayahku pindah? Mengapa ayah Irene menghalauku dan melarangku dari berjumpa dengan Irene. Aku tidak akan mudah berputus asa. Pada petangnya, aku cuba untuk berjumpa dengan Irene. Berkat doa aku,kami dipertemukan di tepi pantai. Dia menceritakan segalanya. Semua ini adalah berpunca daripada ayahku sendiri. Sifat ayahku yang panas baran dan mementingkan diri sendiri telah membuatkan hati ayah Irene terguris dan akhirnya bergaduh sehinggakan mahu bertumbuk.
Setelah segalanya diceritakan,aku pun melangkah pulang kerana takut akan ayahnya akan memukulku lagi. Selesai sahaja aku menunaikan solat maghrib pada malam itu,pintu rumahku diketuk dengan kuat. Aku membuka pintu itu dan terkejut aku apabila ayahnya berada di hadapan rumahku. Misainya yang tebal dan terpacak ke atas menambahkan lagi kegerunanku terhadapnya. Ayahnya menengking aku dengan keras dan memberi amaran keras kepadaku agar jangan berjumpa dengan Irene lagi. Selepas ayahnya meninggalkan perkarangan rumahku aku terus menutup pintu itu dan merebahkan badan di atas katil. Tiba-tiba aku terdengar suara Irene menjerit meminta ampun daripada ayahnya. Aku menjengah dari celahan bukaan tingkap rumahku. Aku terlihat Irene dikurung bersama ayam-ayam ayahnya di reban. Menitis air mataku melihat keadaan Irene. Aku rasa bersalah dalam hal ini. Aku keluar dari rumahku dengan membawa dua ketul ayam goreng untuk Irene. Amat sedih aku melihatnya dikurung di dalam reban yang hina itu dan dikunci. Aku memberinya ayam goreng yang aku bawa tadi. Berkali-kali aku meminta maaf daripadanya. Berlinang air mata Irene ketika menjamah ayam yang aku bawakan untuknya tadi. Sekali lagi ayahnya perasan akan kehadiranku. Kali ini ayahnya keluar dengan membawa sekaki payung. Dipukulnya aku dengan tongkat payung yang keras itu sehingga lebam belakangku. Aku terpaksa mengalah dengan orang tua itu. Aku membawa diriku pulang ke rumahku. Aku buntu pada waktu itu. Aku hanya dapat menemani Irene dengan berada di hatinya.

Keesokan harinya,aku terpaksa meninggalkan rumah itu dan kembali ke kem. Cinta dihati ini tidak akan pudar walaupun sembilu cuba untuk menusuk kalbuku ini. Kehidupan aku di kem penuh dengan kerisauan. Hanya tinggal sebulan sahaja lagiku akan keluar dari kem. Tiba-tiba pada suatu petang,aku menerima sepucuk surat yang datangnya daripada Irene.

‘assalamualaikum wahai kekasihku,
Andai diri ini ditakdirkan kembali ke muara Sang Pencipta,inginku memohon seribu kemaafan dari dirimu atas segala kekhilafan dan kesusahan yang telahku bebankan kepadamu. Usahlah dikau hadiahi daku titisan air matamu,tetapi hadiahilah daku sebaris doa yang penuh bermakna buatku di alam lain nanti. Teruskanlah perjuanganmu dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba ini. Ingatlah daku setakat di doamu sahaja. Andai diri sering kali hadir dalam mimpimu tatkala malam melabuh tirainya,anggaplah itu sebuah kenangan yang indah yang telah kita ukirkan bersama dengan bersaksikan burung yang berkicauan cemerlang,bintang yang berkelipan gemilang di angkasa serta seluruh hidupan di dunia ini.
Sekian,wassalam.....’

Kekasihmu,
Nur Irene Fazilah

Coretan ini membuatkan aku bertambah risau akan keadaan Irene di kampung. Hanya beberapa hari sahaja lagi untukku merasai keletihan berada di kem ini. Akhirnya,tepat jam 1205 kami yang berada di kem dilepaskan untuk pulang ke rumah masing-masing. Keadaan tengah hari pada hari itu sungguh panas. Matahari tegak berdiri di atas kepalaku sambil mengeluarkan kepanasan yang begitu menggigit pangkal rasa aku. Tubuhku keletihan dan tidak sabar untuk merebahkannya di atas katil yang empuk di rumah.

Setibanya aku di kampung keadaan begitu sunyi.

“Kenapa sunyi sangat ni Wak Lan? Biasanya ramai nelayan yang sedang berjual beli,tapi kenapa hari ni tidak seperti hari biasa?”dengan kehairanan aku menanyakan soalan itu kepada rakan karib ayahku di sini.

“Ramai nelayan hari ini terpaksa turun awal dan akan balik subuh esok sebab ahli kaji cuaca beritahu esok akan hujan lebat sehingga ke malam,”jawab Wak Lan sambil mengait jalanya tanpa memandangku.

Aku meneruskan langkahku ke rumahku sambil menjenguk-jenguk keadaan rumah Irene yang senyap dan hanya kedengaran kipas yang berputar ligat. Seperti biasa, aku mengemas rumahku kerana begitu banyak habuk yang melitupi perabot rumahku seperti cintaku terhadap Irene yang melitupi hati ini. Aku mengemas dengan penuh keasyikan sehingga tidak sedar akan kehadiran bintang-bintang di langit. Badanku menjadi semakin penat dan mencari masa yang sesuai untuk merebahkannya. Keadaan yang sunyi sepi menambahkan lagi keselesaan untukku berehat. Kadang-kadang aku begitu risau akan keselamatan diriku di rumah ini kerana rumah jiran begitu jauh sekali kecuali Irene. Setiap kali aku ke dapur,aku mengambil kesempatan untuk menjengah keadaan rumah Irene melalui tingkap dapurku. Irene tidak tahu akan kepulanganku pada malam itu. Aku lihat Irene begitu seronok bersama adiknya bermain di dapur.
Pada malam itu,hatiku berasa tidak sedap. Hati ini seakan-akan tahu perkara buruk yang akan berlaku pada malam ini. Aku cuba untuk membuang perasaan itu jauh dari sudut hatiku. Akhirnya,aku terlena diulit mimpi pada malam itu. Sedangku asyik melayan mimpiku,aku tersentak dari lenaku apabila terdengar bunyi letupan yang kuat. Bunyi letupan itu datangnya dari dapurku. Aku bergegas ke dapur dan mendapati tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba aku terlihat cahaya dari tingkap dapurku seperti api yang sedang menjulang dengan garang.

“Apa tu? Bukan ke itu rumah Irene?”desis hatiku

Aku bergegas keluar dari rumahku dan berlari menuju ke rumahnya. Keadaan amatlah bahang. Terdengar suara pekikan meminta tolong dari dalam rumahnya itu. Aku tidak dapat mengenal pasti gerangan suara tersebut. Aku membasahi tubuhku dengan air dan terus meredah api di pintu rumahnya. Aku hanya menjumpai adiknya sahaja di ruang tamu. Aku terus mendukungnya keluar dan letakannya di tempat yang selamat. Tanpaku sedari kepalaku sudah berdarah. Tanpa menghiraukan darah yang mengalir di mukaku,aku terus meredah masuk ke rumah Irene dan mencarinya di kamarnya. Keadaan yang penuh dengan asap dan bahang sungguh melemaskanku untuk bernafas. Tiba-tiba aku terlihat sekujur badan terbaring di atas lantai.

“Tak lain tak bukan,itu mesti Irene,”desis hatiku lagi.

Aku terus mengangkat tubuh itu dan membawanya keluar dari rumah yang hampir dijilat api kesemuanya. Aku membaringkannya di atas tanah dan memegang erat tangannya. Aku memangil-manggil namanya sehinggalah hampir aku putus asa memanggil namanya. Berlinang air mataku dan menitis ke muka Irene. Irene tersedar dan membuka matanya perlahan-lahan. Hatiku begitu gembira dia sudah sedar kembali.

“Eh,Arif! Bila awak pulang? Saya begitu rindukan awak. Arif. Boleh tak awak penuhi hajat terakhir saya. Saya ingin berehat di ribamu,”tergagap-gagap Irene menyusun kata-katanya dengan linangan air mata yang membasahi pipinya.

Aku mengangkat kepala Irene ke atas pehaku bagi memenuhi hajatnya. Aku terus memegang erat tangannya sambil adiknya menelefon bomba untuk memadamkan api. Aku dapat rasakan Irene membalas genggaman tanganku. Tiba-tiba genggamannya menjadi longgar dan aku menjerit namanya dengan kuat. Irene tidak menyedarkan diri lagi. Aku berlari sambil mendukungnya di belakangku bagi mencari bantuan. Aku berdoa kepada Allah agar Irene diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Aku terjatuh di dalam larianku. Ketika sedangku menggagahkan diriku untuk bangun,aku terlihat sebuah cahaya mendekatiku dan sebuah van berwarna hitam rupanya sedang mendekati diriku. Aku menahan van tersebut dan meminta bantuan daripadanya untuk menghantar Irene ke hospital. Setibanya kami di hospital Irene di masukkan ke dalam bilik rawatan kecemasan. Kami diminta tunggu di kerusi yang disediakan. Hampir 20 minit kami menunggu dan adik Irene tidak berhenti-henti menangis risau akan keadaan kakaknya. Terdengar bunyi tapak kaki yang melangkah perlahan keluar dari bilik rawatan dengan raut wajah doktor yang sedih. Aku bangun dari tempat dudukku dan air mataku mengalir membasahi pipi.

“Maafkan saya wahai anak muda. Saya dah mencuba sedaya upaya saya tapi gadis itu lebih selesa berada di sisi yang Maha Esa,”kata seorang doktor di situ.

Aku cuba menenangkan adiknya. Aku membawa adiknya pulang. Setibanya kami di rumah,ayahnya pulang dengan membawa seekor ikan yang besar. Terjatuh ikan itu di atas tanah apabila aku menceritakan hal yang sebenar kepadanya.

Keesokan harinya,jenazah Allahyarhamah Nur Irene Fazilah selamat disemadikan di sebuah tanah perkuburan berhampiran dengan rumahku. Terasa hidup ini semakin kosong kerana pemergiannya. Terlalu banyak kenangan yang kami ukir bersama di atas dunia ini. Tiap kali aku meniti pantai pada waktu petang,teringat aku akan si dia. Suaranya sering bermain-main di sisi cuping telinga ini. Dia bagaikan di depan mata. Cuba untukku mencapainya tapi tidak kena. Dia telah banyak membuat perubahan pada kehidupanku. Dia juga pernah mewarnai hitam putih kehidupanku di dunia ini. Walaupun ketiadaan Irene di dunia ini,aku perlu teruskan kehidupanku di atas dunia ini. Cintaku terhadapnya akan menjadi kenangan yang sentiasa tersemat di hati walaupun ketiadaannya di sisi dan di dunia ini. Mungkin inilah yang dikatakan orang ‘noktah cinta’

at 4:11 AM , 2 Comments