::cinta dan kamu::

Cinta di hati
Ibarat dedaunan hijau yang tumbuh di pohon cempaka
Terukir padanya urat-urat yang menghiasi kehijauannya
Setiap urat melambangkan hasrat cinta seseorang
Cinta di hati manusia adalah impian
Hatiku menyinsing seribu harapan terhadap cintamu
Adakah ini akan mewarnai kehidupan kita?
Samalah kita mencari cinta yang sejati
Cinta yang bakal mengubah kehidupan seseorang
Cinta ini adalah kurniaanNya
Tidak boleh dibandingkan dengan buih di lautan
Jika ku diberi intan dan permata
Akan ku pilih lirikan matamu
Akan ku pilih senyuman manjamu
Akan ku setia menantimu sehingga ke syurga cinta
Wahai intan baiduriku

Saturday, September 18, 2010 at 4:11 AM , 0 Comments

::novel cinta::

Kau bagaikan intan
Intan yang berada di celahan serpihan kaca
Sukar bagiku untuk membezakannya
Hadirmu dalam diri ini
Bagaikan bintang berkilauan cemerlang di angakasa
Setiap langkahmu di bumi ini
Membuatkan hidupku lemas dalam percintaan
Lautan cintaku terhadap dirimu
Merubah kehidupanku di dunia ini
Tiupan bayu cintamu
Memberi nafas kepadaku untuk menempuh pancaroba dunia
Senyuman yang terukir di bibirmu
Mengembirakan kalbuku sepanjang hari
Adakah kau bidadari yang turun dari syurga
Mungkinkah ini suratan takdir untuk kita bersama
Semuanya terletak di dalam genggaman Pencipta
Wahai intan yang bertatah di hatiku
Kaulah sumber inspirasiku

at 4:11 AM , 0 Comments

::noktah cinta::


Sudah setahun aku ke kota mencari pekerjaan yang halal untuk menampung hidupku di dunia ini sehinggalah aku berputus asa dan hanya membantu ayahku yang bekerja sebagai nelayan pukat tunda. Hidup kami berpindah-randah dari satu pantai ke pantai yang lain. Semua ini bergantung kepada majikan ayahku. Pada suatu pagi yang indah,ayahku menerima panggilan daripada majikannya. Hati aku berasa tidak sedap,muka ayah terus berubah dan memandang ke arahku dengan pandangan yang penuh persoalan. Lantas itu,ayah aku mengarah aku untuk mengemas barang dan meletakkannya di dalam but kereta kancil di garaj depan rumah. Selesai mengemas, ayahku terus menghidupkan enjin keretanya dan terus memandu tanpa berkata apa-apa kepada aku ke mana arah tujunya. Tersengguk-sengguk aku meniti perjalanan yang agak suram itu. Aku tidak berani untuk mengatur bicara bersama ayahku keran wajahnya begitu mendung yang membuatkan aku rasa bersalah terhadapnya.

Setelah dua jam punggung kami berlabuh di atas kerusi yang keras itu. Tiba-tiba ayahku memberhentikan kereta di hadapan sebuah bangunan biru tua yang dihiasi jalur-jalur biru cair. Ayahku terus keluar dari kereta dan menyusun langkahnya menuju ke dalam bangunan tersebut. Lebih kurang lima minit kemudian ayah keluar dari bangunan itu dengan memegang sejambak kunci. Barangkali kunci rumah kediaman baru kami agaknya. Ayahku teruskan pemanduannya dan menuju ke sebuah perkampungan nelayan di sebuah pantai di sebelah timur peta Semenanjung Malaysia. Sedangku menikmati permandangan yang begitu menjadi hidangan mata hitamku ini,tiba-tiba pandanganku dicuri dek sinar wajah seorang puteri yang sedang bergurau senda bersama seorang budak lelaki. Aku menatap wajahnya sehinggakan suasana yang riuh dengan suara burung menjadi senyap dan bunyi gesekan biola yang bermain di telingaku.

“Arif..Arif..apa yang kamu tengok tu sampai tak sedar ayah panggil. Nanti sampai rumah terus kemas barang ye. Ayah nak pergi tengok kapal baru ayah tepi pantai,” kata ayah yang memecahkan suasana romantis aku tadi.

Walaupun dikejutkan oleh suara ayah yang garau itu,namun fikiranku masih lagi melayang-layang memikirkan gerangan anak gadis tersebut. Terbangun aku daripada lamunan pabila ayah memberhentikan keretanya di hadapan sebuah rumah batu. Aku berasa begitu teruja melihat rumah tersebut. Seribu pertanyaan di dalam fikiranku pabila ayah memberhentikan kereta di hadapan rumah tersebut.

“Ni rumah baru kita. Pergi angkat barang dan terus kemas baru boleh berehat. Ayah nak pergi tengok kapal ayah kat pantai,” kata ayah dengan lembut selembut bayu laut.

Aku gembira melihat ayahku kembali tersenyum apabila kami tiba di rumah itu. Senyuman yang terukir di bibirnya itu akan ku simpan sehingga ke akhir hayat kerna bagiku setiap senyuman ayah adalah senyuman yang membawa seribu makna dan susah untukku lihat di dalam hidupku. Aku turun dari kereta dan terus mengangkat semua barang aku dan ayah ke dalam rumah. Aku mengemas rumah sehingga petang dan ayah masih belum pulang lagi.

Kecantikan wajah anak gadis yang aku lihat tadi masih berlegar-legar di dalam mindaku.

“baik aku jalan-jalan kat kampong ni. Dapatlah juga tambah kenalan aku dekat dunia ni,”desis hatiku pabila melihat ombak di lautan. Mungkin juga akan ku temu sama gadis tadi. Aku melangkah keluar dari rumah dengan harapan yang menggunung dapat bertemu dengan gadis tadi. Sedangku asyik mengatur langkahku di atas jalan yang rata kedengaran ombak yang mendayu-dayu bermain di telingaku seperti perasaan cinta yang telah lama tenggelam kini timbul semula. Tiba di sebuah persimpangan jalan aku hamper dilanggar oleh sebuah basikal yang ditunggang oleh seorang wanita yang tersisir rapi rambutnya.

“woi, tak nampak orang ke…hhuuuhh..”teriak aku kepadanya.
“minta maaf encik,saya tak perasan tadi,” kelembutan suaranya melembutkan hati ku yang marah ini. Rupa-rupanya perempuan yang hampir melanggar aku tadi adalah gadis yang pernah menjadi hidangan mata hitamku semasa di dalam perjalanan ke rumah baru ayah. Dia menuntun basikalnya ke arahku. Angin yang bertiup menyapa tubuhku dan membuatkan jantungku berdegup lebih kencang.




“maaf encik,saya tak perasan tadi.maafkan saya.”pinta gadis itu sambil menunduk kepalanya memandang bumi.
“jangan risau,saya maafkan awak,”aku memujuknya bagi melihat wajahnya.

Dia mengangkat wajahnya dan lirikan matanya membuatkanku terpesona. Dari lirikan matanya seperti pernahku lihat sebelum ini. Aku terpaku melihat wajahnya. Mindaku menjadi beku dan lidahku kelu untuk mengungkap kata-kata. Wajahnya seperti rakanku semasa di bangku sekolah lima tahun dahulu.

“nama awak Nur Irene Fazilah kan?” soalku kepadanya.
“macam mana awak boleh tahu nama saya,”
“awak dah lupe kawan lama awak yang ada depan mata awak ni,saya ni Arif. Ingat lagi tak,” terangku kepadanya cuba mengingatkan kisah kami dulu.

Dia terus pergi meninggalkanku. Pipinya menjadi merah padam. Mungkin kerana terlalu malu kepadaku. Masihku ingat lagi sewaktu aku bersamanya dahulu. Susah senang kami harungi bersama. Aku memanggilnya Irene kerna namanya itu sungguh manja bagiku. Aku pernah menghadiahi dia sepasang baju kurung berwarna hijau untuk dipakai sewaktu majlis hari jadinya. Tidakku sangka Allah masih lagi bagi peluang kepada kami untuk mewarnai hidup ini bersama-sama. Kisahnya begini, Irene ini dulunya seorang yang pemalu dan seorang yang suka menyendiri. Aku dulunya langsung tidak mengenalinya sehingga tiba suatu hari dia terambil buku latihanku. Dari saat itulah mulanya bibit cinta dan bait-bait sajak cinta di hati. Kehadirannya dalam diri ini bagaikan pelangi petang yang tidak bercahaya tetapi berseri. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan. Kami berkenalan antara satu sama lain dan diri aku seperti sedang lemas dalam dunia percintaan. Terlalu banyak kenangan yang terbuku dalam ingatanku ini sehinggakan mindaku tepu dengan wajahnya. Walaupun ayahku seorang nelayan,Irene tetap ingin berkawan dengan aku.

Sering juga di keheningan malam termenungku berseorang kerna tidak lena mata untuk dipejam. Telingaku sering terngiang-ngiang suara merdu yang disayang. Angin malam yang mendinginkan membuatkan diriku seperti terbang di angkasa bersamanya menggapai bintang di langit. Kami dipisahkan setelah dua tahun kami rapat bersama. Aku terpaksa berpindah ke tempat yang lebih jauh iaitu kawasan nelayan tempat ayahku bekerja. Suaranya sering bermain di sisi cuping dan di setiap lorong yang lohong. Irene bagaikan sinar yang menerangi lorong-lorong gelap yang melitupi hatiku ini. Semua itu menjadi memori indah yang ku simpan di dalam hidupku sehinggalah aku bertemunya kembali di perkampungan nelayan ini.

Pada petang keesokan harinya selepas aku hampir dilanggar oleh Irene,aku berjalan di kaki pantai. Suasana pada petang itu sungguh memukau mindaku. Kicauan burung yang memenuhi angkasa semakin riang dek tiupan bayu petang itu. Suasana dihiasi lagi dengan suara sang ombak yang memukul tepian pantai. Pukauanku disedarkan oleh bunyi rantai basikal usang yang berlagu berhampiran dengan tempatku berdiri. Aku terus mencari dari manakah bunyi itu datang. Pandanganku terhenti pabila mata hitamku ini terlihat seseorang gadis yang bernama Nur Irene Fazilah sedang menuntun basikalnya. Aku terus melangkah mendekatinya. Keadaan wajahnya yang silu sambil menggigit bibirnya membuatkan jiwa ini berasa syahdu dan terasa aku di bawa ke dalam pelangi dan melepasi setanggi ini. Jauh anganku ke lena tatkala aku memandang wajahnya dan setiap kali aku memandangnya diri ini diibaratkan dibawa ke alam kisah yang lama. Petang itu,aku menemaninya menikmati keindahan alam sehingga ke waktu soreh. Aku menemaninya pulang ke rumah sambilku membantu menuntun basikalnya. Rupa-rupanya rumahnya hanyalah sekangkang kera dari rumahku. Rumahnya terletak di belakang rumahku.

Saban hari kami bertemu di tempat yang sama dan saling bertukar cerita antara satu sama lain. Ada lucu dan gurauan yang lebih menyerikan hari kami bersama. Kebetulan pula ayahku dan ayah Irene bersama-sama menguruskan pukat tunda di laut. Hampir setiap hari pada waktu petang kami menunggu ayahanda kami naik dari laut. Hatiku yang kosong hampir tiga tahun ini terasa sudah diisi oleh si dia. Selama persahabatan kami ini,tidak pernah walau sekali pun aku menyatakan tentang hati dan perasaanku terhadapnya. Apa yang aku mahukan ialah Irene memahami isi hatiku ini dan membalasnya dengan ikhlas. Jika ini adalah jodohku dunia akhirat,akan aku terima dengan hati yang penuh gembira dan berharap akan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sejak kami bersama selepas aku pindah ke kampung ini,Irene banyak memberi nasihat kepadaku dalam menempuh dugaan dalam mencari pekerjaan. Irene seorang pekerja di kilang mencanting batik. Bisikan hatiku ini memaksa aku untuk mencari kerja demi membina sebuah kehidupan yang bahagia bagi diriku dan dirinya suatu hari nanti. Aku telah mengambil keputusan untuk bekerja sebagai seorang pegawai polis dengan berkelulusan diploma jurusan sains komputer. Ayahku juga bersetuju dengan cadanganku. Hubungan aku dan Irene yang akrab ini seperti direstui oleh ayah kami. Lebih-lebih lagi,ayahku sering mengusik-usik aku dengan Irene apabila pulang dari laut pada setiap petang. Aku telah mengisi borang untuk menjadi seorang polis dan aku diarahkan untuk menyertai rekrud selama lima bulan di sebuah kem yang terletak tidak jauh dari perkampungan nelayan itu. Semasa hendak aku melangkah keluar dari rumah dan ingin menuju ke kem,suasana begitu suram dan hambar. Laut yang berombak menjadi tenang,tapi cintaku terhadap Irene di hati ini tidak pernah suram dan hilang. Andai diri ini digoda dek seribu wanita pun akan ku tetap dengan hatiku terhadap Nur Irene Fazilah.

Setelah aku menyertai rekrud tersebut,acap kali aku mengirimkan coretan surat kepadanya. Teringat pula zaman kami di bangku sekolah dahulu,aku sering mengirimkan surat kepadanya dan dari saat itulah dia menjadi sebahagian hidup aku sehingga sekarang ini. Aku akan berada di kem ini selama lima bulan dan hanya dibenarkan pulang hanya sekali dalam sebulan. Kepulangan aku ke kampung pada bulan pertama membuatkan hati yang penuh dengan kerinduan ini tidak sabar untuk berjumpa dengannya. Burung yang berkicauan semuanya seperti menyambut akan kepulanganku. Sampainya aku di kampung aku pada waktu tengah hari,Irene menjemputku makan tengah hari bersama keluarganya di rumahnya. Selesai sahaja makan,Irene memberiku bunkusan yang dibalut rapi dengan kertas yang berbunga-bunga. Apabila aku membukanya,terkejut aku melihatnya dan tidakku sangka Irene masih ingat akan baju kegemaranku. Irene menghadiahiku sehelai baju-T yang dicap batik di atasnya. Tiga hari berlalu dengan pantas tapi amat memuaskan naluriku semasa cuti tiga hari itu. Selang beberapa minggu selepas aku pulang ke kem,aku dikhabarkan oleh rakan sebilik aku bahawa terdapat sepucuk surat untukku di pos pengawal. Hatiku bagaikan melompat-lompat keriangan dan tidak sabar untuk membacanya. Pada petangnya selepas selesai slot bersama penceramah aku bergegas ke pos pengawal untuk dapatkan surat itu. Tiba-tiba hatiku menjadi suram. Keadaan sekeliling menjadi senyap dan hanya gesekan biola yang memainkan lagu sedih bermain di cuping telingaku. Agak lama juga aku memandang bahagian luar surat itu. Apabila aku membuka surat itu,kesuraman di kalbu ini semakin dirasai. Mulutku terkuma-kamit membaca apa yang ditulis oleh Irene. Berita yang kurang menyenangkan adalah kandungan surat itu. Aku terus berlari ke pejabat ketua komanden aku dan memohon kebenaran untuk pulang selama 2 hari 1 malam. Berbagai-bagai alasan aku luahkan bagi meyakinkan ketua aku yang dah tua itu.

Akhirnya aku dibenarkan pulang. Tanpa membuang masa aku terus mengemas barang-barangku tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Semasa perjalanan pulang,bermacam-macam persoalan yang bermain di fikiranku. Aku begitu risau mengenainya. Aku memikirkannya sehingga aku terlena dan mengalami mimpi yang buruk,di mana aku dan Irene dipisahkan. Tersentak aku dari tidurku apabila seorang wanita yang wajahnya mirip seperti Irene melabuhkan punggungnya pada kerusi di sebelah aku. Cuaca pada ketika itu agak mendung. Bas yang aku naiki tadi berhenti di pintu gerbang kampungku. Aku menyusun langkahku dengan pantas menuju ke rumahku. Setibanya aku di rumah,aku lihat sebuah lori yang besar dan dipenuhi barang berada di hadapan rumahku.

“Arif,kita akan berpindah ke tempat lain,”teriak ayahku dari dalam rumah.
“Saya tak akan pindah. Saya akan terus tinggal di rumah ini. Arif dah besar ayah. Arif nak berdikari hidup sebagai seorang remaja,”wajah ayahku berubah apabila aku berkata demikian.
“Kamu yakin dengan keputusan kamu itu,”tanya ayah.
“Saya yakin,”jawabku dengan wajah yang penuh yakin.

Tanpa berkata apa-apa ayah terus menghidupkan enjin kereta kancilnya dan berlalu pergi dari perkarangan rumah dan diikuti lori besar tadi. Aku memasuki rumah itu dan menyusun kembali segala baranganku. Aku tertanya-tanya mengapa ayah pindah rumah. Terlupa aku hendak menanyakannya tadi. Barangkali ada tempat pekerjaan baru agaknya. Sempat juga aku menjenguk keadaan rumah Irene semasa aku sedang mengemas rumah. Selesai saja mengemas pada petang itu,aku membuka langkah pergi ke rumahnya. Berkali-kali aku memberi salam dan mengetuk pintu rumahnya. Terkejut aku dibuatnya apabila ayahnya membuka pintu. Ayahnya menghalauku dan melarangku berjumpa dengan Irene. Semasa aku mengundurkan diri. Mataku terpandang wajah Irene yang suram di dalam rumah itu.

Air mataku mengalir apabila dihalau. Fikiranku masih buntu. Dua persoalan terbuku di hati ini. Mengapa ayahku pindah? Mengapa ayah Irene menghalauku dan melarangku dari berjumpa dengan Irene. Aku tidak akan mudah berputus asa. Pada petangnya, aku cuba untuk berjumpa dengan Irene. Berkat doa aku,kami dipertemukan di tepi pantai. Dia menceritakan segalanya. Semua ini adalah berpunca daripada ayahku sendiri. Sifat ayahku yang panas baran dan mementingkan diri sendiri telah membuatkan hati ayah Irene terguris dan akhirnya bergaduh sehinggakan mahu bertumbuk.
Setelah segalanya diceritakan,aku pun melangkah pulang kerana takut akan ayahnya akan memukulku lagi. Selesai sahaja aku menunaikan solat maghrib pada malam itu,pintu rumahku diketuk dengan kuat. Aku membuka pintu itu dan terkejut aku apabila ayahnya berada di hadapan rumahku. Misainya yang tebal dan terpacak ke atas menambahkan lagi kegerunanku terhadapnya. Ayahnya menengking aku dengan keras dan memberi amaran keras kepadaku agar jangan berjumpa dengan Irene lagi. Selepas ayahnya meninggalkan perkarangan rumahku aku terus menutup pintu itu dan merebahkan badan di atas katil. Tiba-tiba aku terdengar suara Irene menjerit meminta ampun daripada ayahnya. Aku menjengah dari celahan bukaan tingkap rumahku. Aku terlihat Irene dikurung bersama ayam-ayam ayahnya di reban. Menitis air mataku melihat keadaan Irene. Aku rasa bersalah dalam hal ini. Aku keluar dari rumahku dengan membawa dua ketul ayam goreng untuk Irene. Amat sedih aku melihatnya dikurung di dalam reban yang hina itu dan dikunci. Aku memberinya ayam goreng yang aku bawa tadi. Berkali-kali aku meminta maaf daripadanya. Berlinang air mata Irene ketika menjamah ayam yang aku bawakan untuknya tadi. Sekali lagi ayahnya perasan akan kehadiranku. Kali ini ayahnya keluar dengan membawa sekaki payung. Dipukulnya aku dengan tongkat payung yang keras itu sehingga lebam belakangku. Aku terpaksa mengalah dengan orang tua itu. Aku membawa diriku pulang ke rumahku. Aku buntu pada waktu itu. Aku hanya dapat menemani Irene dengan berada di hatinya.

Keesokan harinya,aku terpaksa meninggalkan rumah itu dan kembali ke kem. Cinta dihati ini tidak akan pudar walaupun sembilu cuba untuk menusuk kalbuku ini. Kehidupan aku di kem penuh dengan kerisauan. Hanya tinggal sebulan sahaja lagiku akan keluar dari kem. Tiba-tiba pada suatu petang,aku menerima sepucuk surat yang datangnya daripada Irene.

‘assalamualaikum wahai kekasihku,
Andai diri ini ditakdirkan kembali ke muara Sang Pencipta,inginku memohon seribu kemaafan dari dirimu atas segala kekhilafan dan kesusahan yang telahku bebankan kepadamu. Usahlah dikau hadiahi daku titisan air matamu,tetapi hadiahilah daku sebaris doa yang penuh bermakna buatku di alam lain nanti. Teruskanlah perjuanganmu dalam menempuh hidup yang penuh pancaroba ini. Ingatlah daku setakat di doamu sahaja. Andai diri sering kali hadir dalam mimpimu tatkala malam melabuh tirainya,anggaplah itu sebuah kenangan yang indah yang telah kita ukirkan bersama dengan bersaksikan burung yang berkicauan cemerlang,bintang yang berkelipan gemilang di angkasa serta seluruh hidupan di dunia ini.
Sekian,wassalam.....’

Kekasihmu,
Nur Irene Fazilah

Coretan ini membuatkan aku bertambah risau akan keadaan Irene di kampung. Hanya beberapa hari sahaja lagi untukku merasai keletihan berada di kem ini. Akhirnya,tepat jam 1205 kami yang berada di kem dilepaskan untuk pulang ke rumah masing-masing. Keadaan tengah hari pada hari itu sungguh panas. Matahari tegak berdiri di atas kepalaku sambil mengeluarkan kepanasan yang begitu menggigit pangkal rasa aku. Tubuhku keletihan dan tidak sabar untuk merebahkannya di atas katil yang empuk di rumah.

Setibanya aku di kampung keadaan begitu sunyi.

“Kenapa sunyi sangat ni Wak Lan? Biasanya ramai nelayan yang sedang berjual beli,tapi kenapa hari ni tidak seperti hari biasa?”dengan kehairanan aku menanyakan soalan itu kepada rakan karib ayahku di sini.

“Ramai nelayan hari ini terpaksa turun awal dan akan balik subuh esok sebab ahli kaji cuaca beritahu esok akan hujan lebat sehingga ke malam,”jawab Wak Lan sambil mengait jalanya tanpa memandangku.

Aku meneruskan langkahku ke rumahku sambil menjenguk-jenguk keadaan rumah Irene yang senyap dan hanya kedengaran kipas yang berputar ligat. Seperti biasa, aku mengemas rumahku kerana begitu banyak habuk yang melitupi perabot rumahku seperti cintaku terhadap Irene yang melitupi hati ini. Aku mengemas dengan penuh keasyikan sehingga tidak sedar akan kehadiran bintang-bintang di langit. Badanku menjadi semakin penat dan mencari masa yang sesuai untuk merebahkannya. Keadaan yang sunyi sepi menambahkan lagi keselesaan untukku berehat. Kadang-kadang aku begitu risau akan keselamatan diriku di rumah ini kerana rumah jiran begitu jauh sekali kecuali Irene. Setiap kali aku ke dapur,aku mengambil kesempatan untuk menjengah keadaan rumah Irene melalui tingkap dapurku. Irene tidak tahu akan kepulanganku pada malam itu. Aku lihat Irene begitu seronok bersama adiknya bermain di dapur.
Pada malam itu,hatiku berasa tidak sedap. Hati ini seakan-akan tahu perkara buruk yang akan berlaku pada malam ini. Aku cuba untuk membuang perasaan itu jauh dari sudut hatiku. Akhirnya,aku terlena diulit mimpi pada malam itu. Sedangku asyik melayan mimpiku,aku tersentak dari lenaku apabila terdengar bunyi letupan yang kuat. Bunyi letupan itu datangnya dari dapurku. Aku bergegas ke dapur dan mendapati tiada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba aku terlihat cahaya dari tingkap dapurku seperti api yang sedang menjulang dengan garang.

“Apa tu? Bukan ke itu rumah Irene?”desis hatiku

Aku bergegas keluar dari rumahku dan berlari menuju ke rumahnya. Keadaan amatlah bahang. Terdengar suara pekikan meminta tolong dari dalam rumahnya itu. Aku tidak dapat mengenal pasti gerangan suara tersebut. Aku membasahi tubuhku dengan air dan terus meredah api di pintu rumahnya. Aku hanya menjumpai adiknya sahaja di ruang tamu. Aku terus mendukungnya keluar dan letakannya di tempat yang selamat. Tanpaku sedari kepalaku sudah berdarah. Tanpa menghiraukan darah yang mengalir di mukaku,aku terus meredah masuk ke rumah Irene dan mencarinya di kamarnya. Keadaan yang penuh dengan asap dan bahang sungguh melemaskanku untuk bernafas. Tiba-tiba aku terlihat sekujur badan terbaring di atas lantai.

“Tak lain tak bukan,itu mesti Irene,”desis hatiku lagi.

Aku terus mengangkat tubuh itu dan membawanya keluar dari rumah yang hampir dijilat api kesemuanya. Aku membaringkannya di atas tanah dan memegang erat tangannya. Aku memangil-manggil namanya sehinggalah hampir aku putus asa memanggil namanya. Berlinang air mataku dan menitis ke muka Irene. Irene tersedar dan membuka matanya perlahan-lahan. Hatiku begitu gembira dia sudah sedar kembali.

“Eh,Arif! Bila awak pulang? Saya begitu rindukan awak. Arif. Boleh tak awak penuhi hajat terakhir saya. Saya ingin berehat di ribamu,”tergagap-gagap Irene menyusun kata-katanya dengan linangan air mata yang membasahi pipinya.

Aku mengangkat kepala Irene ke atas pehaku bagi memenuhi hajatnya. Aku terus memegang erat tangannya sambil adiknya menelefon bomba untuk memadamkan api. Aku dapat rasakan Irene membalas genggaman tanganku. Tiba-tiba genggamannya menjadi longgar dan aku menjerit namanya dengan kuat. Irene tidak menyedarkan diri lagi. Aku berlari sambil mendukungnya di belakangku bagi mencari bantuan. Aku berdoa kepada Allah agar Irene diberi peluang untuk hidup di atas muka bumi ini. Aku terjatuh di dalam larianku. Ketika sedangku menggagahkan diriku untuk bangun,aku terlihat sebuah cahaya mendekatiku dan sebuah van berwarna hitam rupanya sedang mendekati diriku. Aku menahan van tersebut dan meminta bantuan daripadanya untuk menghantar Irene ke hospital. Setibanya kami di hospital Irene di masukkan ke dalam bilik rawatan kecemasan. Kami diminta tunggu di kerusi yang disediakan. Hampir 20 minit kami menunggu dan adik Irene tidak berhenti-henti menangis risau akan keadaan kakaknya. Terdengar bunyi tapak kaki yang melangkah perlahan keluar dari bilik rawatan dengan raut wajah doktor yang sedih. Aku bangun dari tempat dudukku dan air mataku mengalir membasahi pipi.

“Maafkan saya wahai anak muda. Saya dah mencuba sedaya upaya saya tapi gadis itu lebih selesa berada di sisi yang Maha Esa,”kata seorang doktor di situ.

Aku cuba menenangkan adiknya. Aku membawa adiknya pulang. Setibanya kami di rumah,ayahnya pulang dengan membawa seekor ikan yang besar. Terjatuh ikan itu di atas tanah apabila aku menceritakan hal yang sebenar kepadanya.

Keesokan harinya,jenazah Allahyarhamah Nur Irene Fazilah selamat disemadikan di sebuah tanah perkuburan berhampiran dengan rumahku. Terasa hidup ini semakin kosong kerana pemergiannya. Terlalu banyak kenangan yang kami ukir bersama di atas dunia ini. Tiap kali aku meniti pantai pada waktu petang,teringat aku akan si dia. Suaranya sering bermain-main di sisi cuping telinga ini. Dia bagaikan di depan mata. Cuba untukku mencapainya tapi tidak kena. Dia telah banyak membuat perubahan pada kehidupanku. Dia juga pernah mewarnai hitam putih kehidupanku di dunia ini. Walaupun ketiadaan Irene di dunia ini,aku perlu teruskan kehidupanku di atas dunia ini. Cintaku terhadapnya akan menjadi kenangan yang sentiasa tersemat di hati walaupun ketiadaannya di sisi dan di dunia ini. Mungkin inilah yang dikatakan orang ‘noktah cinta’

at 4:11 AM , 2 Comments

::kenapa begitu::


sudah lama aku mengenalinya. tapi kali ini rasa lain dari yang lain. terasa si sia ingin menjauhkan dirinya dari diriku yang serba kekurangan ini. aku tetap bersangka baik. be optimis. kali ni tak banyak sagt aku nk critakan kat anda semua. just tertanya-tanya kenapa dia buat begitu. walau bagaimanapun, aku tidak menganggap si dia ingin menjauhkan dirinya daripada ku, aku menganggap si dia ingin memperbanyakkan amal dalam bulan yang penuh barakah ini iaitu bulan ramadhan.aku terasa rindu untuk berbicara dengannya. bibir ku membeku dan lidahku terkelu pabila si dia menjadi hidangan mata hitam ku ini.


bila la lagi aku boleh berbicara dengannya. sekarang,kami sudah jarang berhubung antara satu sama lain. lebih-lebih lagi telefon bimbit aku yang bermasalah ini lagi menyukarkan aku untuk terus berhubung dengannya. aku begitu merinduinya. tapi aku terpaksa menunudukkan naluri itu kerana takutkan Allah.

Friday, August 13, 2010 at 8:44 PM , 1 Comment

::inilah perasaan::


salam semua pembaca blog aku yang setia..setiap manusia memang sering akan menyintai orang lain, tapi dia tidak boleh memaksa orang itu untuk menyintai dirinya. begitulah yang terjadi pada diriku ini. perasaan sentiasa bermain di hatiku. sehingga terbayang-bayang wajahnya di keheningan malam tatkala malam ingin melabuh tirainya dan fajar menjadi pengganti. dialah sumber inspirasiku. dia tidak mengetahui bahawa aku mnyukainya. itulah yang terbaik. dia juga seorang yang sopan santun sehinggakan susah untuk ku mengatur bicara bersamanya.


pabila rezeki Allah sudah diturunkan kepadaku untuk berborak dengannya aku bersyukur kepadaNya. kadang-kala terasa ingin menitiskan air mata tatkala menerima nikmat dariNya. sering la juga aku bertanya khabar padanya. aku ini seorang laki yang berjiwa pemalu dengan perempuan sebenarnya. jadi aku pun menghubunginya melalui Short Message System. kadang-kadang itu ada juga aku selit kan tentang perasaan tanpa dia sedari. walau bagaimanapun, aku tidak boleh menghubunginya sepanjang masa, bagi mengelakkan sebarang syak wasangka.


aku rasa setakat di sini sajelah coretan yang dapat aku buat. aku hanya berserah pada ketentuan Illahi. setiap kali aku menunaikan solat fardu mahupun solat sunat, aku sentiasa berdoa kepadaNya agar Allah mengeratkan lagi hubungan kami.....Amin ya rabbal a'lamin....assalamualaikum :)

Friday, July 30, 2010 at 5:44 PM , 2 Comments

::percayalah::



When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

There is no life - no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up... To more than I can be.

You raise me up... To more than I can be.

Monday, June 14, 2010 at 9:53 AM , 0 Comments

::soal jawab::


huhu....sesi soal jawab mse time prep kat kelas..biasalah remaja zaman sekarang..menyedapkan halwa telinga dengan memperdengarkan telinga mereka dengan cerita-cerita cinta..huuu

ecah :cid,meh la join kitorang kat sini.
mirul :yela,dari ko termenung baik join kitorg kat sini.
aku :urm...okey,korang bincang pasal apa??
waqar :ala..cerita pasal kenangan kat sekolah lama la..tak kan ko tak ade kenangan kot.
aku :mztila ada bro..
mirul :ko ada girl tak?
aku :tak tahu la bro nak cakap macam mana. dulu aku ada lah, tapi sampai 18/10/2008
semuanya da jadi kenangan.
ecah :kenapa kau cakap camtuh..dia meninggal dunia ker.
waqar :dia same skul ngan ko ker?
aku :taklah, dia skul kat muar.
ecah :macam mana ko boleh kenal dia.
aku :panjang lah ceritanya..aku kenal dia masa kat sabah. aku ada pertandingan kat situ.
situlah aku kenal dia atas bantuan seorang kawan.huhu
mirul :lepas korang balik daerah masing-masing,berapa kali kau jumpa dia.????

aku jumpa dengannya hanya sekali jer lepas balik dari sabah. jumpa secara ramai-ramailah. semua budak-budak tokoh kepimpinan masa pergi sabah. itu pun hanya beberapa minit kerana katilku sudah memanggil. aku pun meminta diri. itu jelah waktu yang kami sempat berborak dan bergurau senda. itu jela kenangan yang dapat dicipta..hmmm....

sekarang ni kami masih lagi berhubung seperti biasa.itu jela yang mampu aku cerita kat korang semua. hanya tuhan saja yang tahu apa yang berlaku pada suatu hari nanti.

Sunday, June 13, 2010 at 8:39 PM , 0 Comments

::hari yang bersejarah::


assalamualaikum sume...
setiap manusia yang hidup di dunia ni mempunyai hari yang bersejarah bagi diri masing-masing.mungkin hari bersejarahnya penuh dengan kegembiraan dan mungkin juga hari bersejarahnya penuh dengan kesedihan dan kesyahduan. bagi diri ku, hari yang paling bersejarah bagi diriku mempunyai kesedihan yang teramat dan juga kegembiraan yang teramat yang tidak dapat dirasai orang lain. niat ku bukan untuk ceritakan sume hari bersejarah aku kepada sume pembaca blog ni, tetapi aku ingin menceritakan sejarah yang terjadi pada hari ni mungkin juga akan terpahat di hati ini sampai bila-bila.

aku tidak tahu ingin mula dari mana kerana sekarang ni aku dalam kesedihan. baiklah. ceritanya begini. tahun 2008 dahulu, aku menyukai seorang gadis yang tembam pipinya. kebetulan pula kami satu kumpulan sewaktu jungle tracking di sabah. orangnya ayu dan bertudung labuh. aku akan terbayang wajahnya pabila aku menceritakan sifatnya. sebagai seorang lelaki yang sejati. aku pun mengorak langkah untuk mengenalinya. well. aku berjaya. dan hati kami bersatu. tapi........hanya untuk beberapa bulan sahaja, kerana pada 18/10/2008 hati kami terpaksa dijauhkan. keadaan ini terjadi atas permintaan si dia. aku terpaksa akur dan ikuti kehendaknya. huh..kata orang kita bebas untuk menyintai orang tetapi kita tidak boleh memaksa orang tersebut untuk menyintai kita.
tapi, selepas hati kami terpaksa berjauhan kami tetap berhubung seperti biasa tetapi sebagai seorang kawan. sehinggalah tahun 2010 atau lebih spesifik lagi 8/6/2010. semenjak dari tarikh itu, dia jarang sekali membalas mesej aku. aku tetap bersangka baik. aku tidak berfikiran negatif terhadapnya. kerana aku percayakan dia. kadang-kadang aku ada juga memberitahunya bahawa dia masih di hatiku. kadang-kadang aku terasa bahawa aku ni terlalu over tentang hal ni. banyak angan-angan aku tentang dia. seperti mak jenin la pula. aku harap angan-angan aku tuh akan menjadi kenyataan. sudah menjadi lumrah manusia di dunia ni mempunyai angan-angan dan berharap agar angan-angan mereka akan menjdi kenyataan suatu hari nanti. tapi, kita harus ingat bahawa manusia hanya mampu merancang dan tuhan yang akan menentukan segalanya. jadi, aku sambung balik cerita aku tentang apa yang terjadi pada tarikh tersebut. aku bermimpi tentangnya.selepas hari tersebut dia jarang membalas mesej aku.


pada malam 10/6/2010 aku menceritakan sume masalah aku kepada rakanku yang memahami hubungan kami berdua. aku rasa aku tidak akan menceritakan sumenya kapada pembaca blog aku ni. kerana ia adalah hal peribadi seseorang. perkataan yang boleh aku perkatakan sekarang ni ialah aku terpaksa melepaskannya daripada lemas berada di hati ku ni. aku berkata begitu atas sebab-sebab tertentu yang tidak boleh diceritakan. tapi, ingin aku ucapkan terima kasih kepadanya kerana dia, aku telah banyak berubah dari buruk kepada yang lebih baik. aku tidak berdaya untuk mengucapkan terima kasih kepadanya kerana aku rasa begitu malu kepadanya. apa yang penting sekarang ini ialah aku akan sentiase memahami dirinya dan aku akan tumpukan segala kudrat aku untuk menghadapi SPM yang bakal menjelma bulan 11 nanti. akhir kalam, aku harap si dia baca blog aku ni supaya dia dapat tahu apa yang aku rasa. aku tidak berani untuk memberitahunya perasaan yang melandaku sekarang ni kerana berkemungkinan ia akan mengelirukan hati si dia. rasailah kesedihan yang aku rasa terhdapnya bersama-sama. NO WOMEN,NO CRY. SINGLE IS SIMPLE BUT COUPLE MAKE TROUBLE.....TIADA PERHUBUNGAN SEBELUM KAHWIN..INSYAALLAH, ALLAH AKAN MENYEDIAKAN YANG TERBAIK UNTUK KITA SUATU HARI NANTI..

Friday, June 11, 2010 at 6:19 AM , 0 Comments

::mimpi...mimpi...mimpi::


hmmmm....org kata mimpi nih mainan tidur..ade juga yang mengatakan mimpi ini akan terjadi dalam kehidupan..ade pendapat juga menyatakan bahawa mmpi nih mmpunyai maksud tersendiri yang berkemungkinan membri kta petanda ape yang akan berlaku pada kita pabila kita sedar kelak..aku tlis nih bukan la nk berceramah...ilmu kat dada ni pon tak ckup lagi...ceritanya begini.....

setiap hari aku menghubungi si dia..saban hari aku bermesej bersamanya..tapi pada suatu malam ni,aku msej mcam biase jer..tiada berlaku apa-apa perselisihan faham mahupun pergaduhan antara kami.aku pon mengakhiri mesej kami pada hari itu dengan salam dan take care..biasela caring katekan..malam tu aku pun merebahkan sekujur tubuhku ke atas katil yang empuk.begitu susah aku untuk melelapkan mata aku ini pada malam itu.pusing sana, pusing sini dan bermacam gaya lagi aku lakukan untuk melelapkan mataku ini..jam sudah menunjukkan tepat pukul 1 pagi bukan pukul sampai mati tapi pukul 1 pagi atau dalam bhase jawanya one o'clock..huhu..lebih kurang setengah jam juga aku cuba untuk melelapkan mataku akhirnya aku berjaya memanjakan mata aku untuk tidur dengan nyenyak dan dari saat itula mimpiku bermula.

sesedarnya aku, aku terlihat manusia yang berwajahkan diriku dan sedang akad nikah untuk mengahwini seorang puteri(insan yang sering aku hubungi setiap malam) yang bertentangan denganku pada waktu itu. hatiku berdebar-debar pada saat itu. sejurus lepas itu aku rasa bagaikan diri aku ini diserap ke dalam manusia tersebut. mataku jelas melihat ape yang manusia itu lihat. setibanya kami di rumah kami setelah akad, tiba-tiba muncul satu watak yang tidak dapat dikenal pasti wajahnya. lagaknya gagal untuk aku ingat pada masa itu. aku meringankan kakiku untuk berjalan-jalan menghayati pemandangan bawah apartment kami. setibanya aku di sebuah kedai, aku terlihat seorang peminta sedekah yang berlegar-legar dan meminta sedekah kepada pelanggan kedai tersebut. peminta sedekah itu dihina dan dicaci oleh pelanggan kedai tersebut malah disepaknya dengan penuh perasaan benci yang tidak terbayang. aku melihatnya dengan penuh perasaan hairan dan kasihan. peminta sedekah itu menatang dulang kecil yang kosong tidak silap aku. selepas dia disepak dia meletakkan punggungnya di longkang dan bersandar pada tiang yang terdapat di situ. aku melihatnya tanpa sebarang kelipan kelopak mata. lalu,aku mengajaknya ke rumah aku untuk bermalam di kediamanku.

setibanya aku bersama peminta sedekah itu di kediamanku, aku mencari isteri yang telah ku kahwini sebentar tadi di bilik air. aku memanggilnya dengan nada yang lembut dan tanpa aku sedari lelaki yang tidak aku kenali daripada aku dan isteriku msuk ke kdiaman ini, sedang duduk bergoyang kaki di sofa di ruang tamuku sambil tersenyum sinis padaku. aku menerangkan kepada isteri ku apa yang beraku sebentar tadi di kedai yang terdapat di baawah apartment kami. aku menunjukkan kepada isteriku si peminta sedekah itu. tidak ku duga peminta sedekah tersebut terkencing di dalam seluarnya sambil tersenyum kepada kami. aku buntu. isteriku tidak berkata apa-apa pun. lalu, isteri ku itu duduk di atas sofa bersama lelaki yang tidak ku kenali tadi. isteriku memandang sinis kepada ku dan melemparkan senyuman yang mengatakan bahawa aku ni seperti manusia yang bodoh.

lalu, dia mengatakan sesuatu. aku diberitahunya malam ni aku akan tidur di dapur dan dia akan tidur bersama lelaki yang tidak aku kenali itu. aku berasa marah. mereka tergelak sinis memandangku. sebenarnya mereka mempergunakan aku untk mereka bersama. aku mengambil langkah untuk keluar dari rumah itu. aku mengemas barang ku dan menyepak segala benda yang cube menghalang laluan ku. sambilku menyarung kasutku ke kaki ku aku cuba mengingatkan kembali pengorbanan cintaku terhadap dia. namun,si dia hanya tersenyum sinis dan membiarkan aku pergi tanpa sedikit pun menghalang aku. aku menangis dalam mimpi tersebut. selepas itu, aku tersedar dari mimpi ku.

aku menceritakan kepada si dia bahawa aku bermimpi tentangnya pada malam itu. itu sahaja yang aku memberitahunya. aku tidak menceritakan apa yang berlaku sebenarnya kerna aku tkut si dia akan fikir yang bukan-bukan lagipun kami hanyalah rakan biasa. aku mendapat idea untuk menceritakan mimpi tersebut di dalam blog ini. selepas aku menghadapi mimpi tersebut si dia jarang membalas mesej ku. walau bagaimanapun, aku tetap akan bersangka baik terhadapnya.

mungkin cerita kali ini tidak begitu mnyeronokkan hati para pembaca blog ku ini seperti sebelum ni.tapi aku memerlukan bantuan anda semua untuk mentafsir mimpi ku ini. dan untuk pengetahuan pembaca aku dan si dia hanya kawan biasa sahaja dan tidak lebih dari tu. kepada mereka yang pandai mentafsir mimpi berdasarkan agama islam boleh lah menghantar komen di blog ini. berilah saya cadangan bagi mengeratkan lagi hubungan kami seperti dulu...



BANTUAN ANDA AMAT SAYA HARGAI........TAMMAT........


Wednesday, June 9, 2010 at 8:03 AM , 0 Comments

puteri bisikan rahsia


siapakah gerangan puteri ini?siapakah dye bg driku.kini jawapannyer tertulis dalam ati ku yg merah ini.dia ialah seorang yang aku minati selama ini. die juge adalah sumber inspirasi ku bagi mencapai kejayaaan. dulu,aku dan dye x knl antre satu sme lain. aku terlihat seorg gadis jelita yang menjadi hidangan mata hitamku pada suatu ari. ikut gerak hati ingin berknlan dgn gerangan si dia ikut rasa sangat malu.

lalu,aku cuba untuk mengikuti kata hati. hari demi hari,aku mengenali seseorg yg boleh melaksnakan kata hati aku yang masih rahsia ini. rakan aku itula yang membantu aku melaksanakan kata haati aku ini. bulan demi bulan acap kali aku mengirim salam kepada puteri tersebut. akhirnya,pada suatu hari yang dingin sedangku berniaga bersama rakanku yang lain, telinga aku dipedgrkan dengan berita bahawa puteri itu baru sahaja mengenali diri ku yang kerdil ini. namun kata hatiku masih belum terlaksana selagi aku dan dia tidak berborak ataupun menegur antara satu sama lain. usaha demi usaha,aku memperoleh emailnya. aku berasa sungguh gembira tatkala menerima alamatnye.aku menyimpan alamat tersbut dengan baik dan dengan perasaan penuh gembira yang tidak tergambar. pada cuti persekolahan, aku cuba untk chat bersamanya, tetapi tiada apa-apa hasil yang aku perolehi. aku pasrah dan memenuhi kotak mesej nya dengan no. telefon aku. tiba-tiba pada suatu petang yang damai, aku dikejutkan dengan satu mesej. mesej itu tertulis yang ingin memastikan bahawa aku adalah ARIF. aku pun membalas mesejnya. rupa-rupanya itu adalah puteri yang au cari selama ini. kami bersetuju untuk berhubung pada malam itu melalui yahoo messenger.

hatiku berdebar-debar pda malam itu menanti si puteri membalas mesej aku. kami berkenaln dari luarn sehinggalah he lubuk hati masing-masing. lawak serta gurau senda telah terukir antara kami. hampir setiap malam aku berhubung dengannya. ingin juga terlintas di hatiku ini untuk mendengar suara si puteri yang merdu itu, tetapi aku takut tatkala aku menghubunginya lidah aku akan terkelu dan tiada isi yang ingin diborakkan bersama.
sebenarnya aku talah jatuh hati dengan si puteri itu. inginku jadikannya teman hidupku tapi belum masa tibanya untukku berbuat begitu. oleh itu aku hanya jadikannya sebagai sumber inspirasiku sje demi memberi aku semangat untuk berjaya. telah ditakdirkan tuhan sewaktu aku berhubung dengannya melalui yahoo messenger, tiba-tiba puteri itu bertanya kepada ku "ARIF menganggap akak sebagai apa?"tulisnya kepadaku. aku tidak membalas dengan serius dan aku menyatakan bahawa bahwa aku menganggapnya sebagai budak tingkatan 1. aku berkata begitu keran mukanya seperti budak yang berumur 13 tahun. itu menunjukkan bahawa puteri itu awet muda. aku rasa puteri itu seperti sudah tahu apa yang terkandung dalam hatiku yang merah ini.

igninku beritahu pada pembaca jurnal ini bahawa maksud nama puteri itu ialah "PUTERI BISIKAN RAHSIA". aku memberanikan diriku dengan menanyakan siapa insan yang dia minat di sini. dia menjawab persoalan aku tanpa berselindung sebalik kelambu. tiba-tiba hatiku ini terselit rasa cemburu. aku cuba sedaya upaya dan kudratku untuk menghilangkan perasaan itu. beberapa hari kemudian aku dikhabarkan oleh rakan karibku yang tinggal di tampin bahwa org yang putri minati itu, meminati putri juga. hatiku remuk dan hampir hancur apabila mendengar berita tersebut. aku cuba untuk meyakinkan diriku bahwa aku hanya menjadikan puteri ini sebagai sumber inspirasiku dan tidak lebih dari itu. selang beberapa hari halwa telinga aku diperdengarkan bahwa puteri itu sudah lama mengetahui ttg lelaki yang meminatinya itu.
puteri itu juga mengatakan bahwa dia tidak ingin mengambil risiko untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut melainkan sebagai kawan yang rapat. kini,aku boleh berfikir dalam keadaan yang lebih matang. aku sentiasa berdoa kepada yang esa supaya segala impianku menjadi kenyataan. aku juga berdoa agar aku berjaya di dunia dan di akhirat.
selepas cuti hari raya aku dikejutkan dengan sebungkus ang pau yang bewarna hijau. di dalamnya terdapt wang kertas yang berwarna hijau iaitu RM5..tanganku amat berat untuk menerimanya. setelah difikirkan dua tiga kali aku menerimanya dengan hati yang gembira. kebetulan pada petangnya itu aku bertembung dengannya ketika ingin ke kuliah di blok yang berhampiran.

pabila kuliah ku tamat. aku dengan pantas keluar dari bilik kuliahku tanpa tujuan dengan perasaan yang berdebar-debar dan gembira. setibanya aku di selekoh makmal kimia aku bertembung dengan puteri itu. puteri memakai blous pink dan bertudung putih dan bibir merah bak delima terpaku kerana kami hampir berlanggaran. aku tidak ingin membuang masa dan terus mengucapkan terima kasih kepadanya atas pemberiannya x tidak terhingga itu.kadang kala aku terdengar desas desus mengatakan bahwa puteri itu mencari aku di merata tempat. tujuan puteri itu mencari aku masih lagi rahsia sehingga sekarang. huh...memang padanlah dengan namanya yang membawa maksud "PUTERI BISIKAN RAHSIA" tetapi tatkala aku ingin berjumpa dengannya rezeki tidak menyebelahi aku. aku sungguh terkilan kerana tidak dapat bertemu dengannya lagi sejak kami bertembung hadapan makmal kimia. wajahnya seringu terbayang di keheningan malam sambil memanjakan mataku melihat bintang yang berkelipan di angkasa. ingin juga aku mengubah paras rupa semua gadis di duina ini dengan wajah puteri idamanku itu. tapi apakan daya aku hanya manusia yang lemah lagi hina. sehingga kini aku tidak lagi berhubung dengannya. ada juga rakanku menyatakan bahawa dia sedang dalam alam percintaan bersama lelaki yang meminatinya itu. walaubagaimanapun aku tetap dengan pendirian aku bahwa tiada hubungan sebelum kahwin dan bercinta selepas kahwin lebih bahagia..insyaallah jika direstui Allah. akhirul kalam aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pembaca jurnal ini sehingga tamat..harap anda menjadikan cerita ini sebagai pedoman dalam hidup anda.


--------TAMMAT-----hahahahahaha

Friday, June 4, 2010 at 7:54 AM , 0 Comments

new

hhhhhhhaaaaaaaaallllllloooooooo everyone...i'm new here


Thursday, June 3, 2010 at 9:20 AM , 0 Comments